Assalamualaikum semuaaaaa :)
Hari ni tak ade kerja sangat. sekadar susun borang cukai then banyak habiskan masa dengan online sahaja..Nothing to do sebab cawangan ZPB (Zon Perindustrian Bebas) tak banyak kerja. So, agak diberi kesempatan untuk meng'update' blog sha ni.
By the way, sha nak korang tatap sebahagian handphone yang agak hot sekarang ni...
Sha bukan nak buat giveaway ke, bagi hadiah kat sesapa tapi nak bagitahu kes penipuan yang sudah berleluasa sekarang ni. Actually, sha kan praktikal kat kastam an. Macam biasalah ramai kengkawan tanya pasal barang rampasan...
Kawan : Sha, ko kerja kastam takkan tak ada handphone murah2 weh..cer tanya pegawai mana-mana..
Sha : sorry weh, aku bukan bahagian rampasan. Lagipon tak ada dah barang rampasan ni dilelong..
So, nak dijadikan cerita, adalah seorang hamba Allah ni dapat panggilan dari 'PEGAWAI KASTAM' kononya ada jualan murah tok barang rampasan lebih2 lagi handphone. Hamba Allah ni di'offer' 5 modal phone = RM3000.. sapa tak nak kan... Samsung Galaxy Note dioffernya RM900...apatah lagi phone lain. Dengan perasaan teruja, hamba Allah ni pon bankinlah ke akaun 'Kastam Penipu' ni.
After bankin, baru die tersedar dengan apa yang dia buat, Dia call serang pekerja kastam then bila die dapat tahu yang nama pegawai penipu tu tak wujud langsung kat Kastam, barulah dia datang tok selesaikan masalah dia.. Ya Allah RM3000 bukan sikit.. Apa yang sha tau, dia cakap Rm1000 duit dia, RM1000 duit tunang dan RM1000 lagi duit bapa saudara.. Kononya, handphone tu semua tok buat hantaran...
Apa yang boleh pihak kastam bantu, sekadar suruh dia buat laporan polis dan bagi segala maklumat pegawai penipu tersebut...
InsyaaAllah, Polis dapat membantu hamba Allah tersebut..
Apa-apa pon harap jangan terpedaya ye kawan-kawan. Kalau sesapa dapat atau melalui kisah seperti di atas, silalah rujuk Pejabat Kastam atau mana-mana cawangan.. :)
Gambar hiasan :) Ahaaaaksssss ^^
SELAMAT HARI POLIS YANG KE-206
0 comments:
Post a Comment