Daisypath Friendship tickers

Followers

Tuesday, July 24, 2012

Sedih Di kala Ramadhan Ke-3

Assalamualaikum :)

Hye semua. Salam ramadhan yang ke-4. Alhamdulillah pagi tadi sha selamat sampai ke Kota Bharu. Sha ada buat short course sem ni. Makanya, sha tak adelah nak membesarkan badan dok rumah sahaja. Ekh lupe !! kan puasa. Hehehe.. Bila ramadhan ke 3 ni(semalam), seringkali sha teringat kat arwah mak. That means, bukan sha tak ingat mak selama ni.. tapi hari ini sangat bermakna. Kalau sebelum ni, selalunya, sha yang selalu teman abah tok pergi ziarah orang meninggal. Apa yang sha lihat, family diorang sedih, ramai bacakan yassin..ada bagi sumbangan.. dan suasana sangat memilukan. yaaaaa.. semua tu terjadi pada sha sendiri..

Ketika itu, hari Jumaat bersamaan 14 September 2007.. Sha balik awal dari kolej. Naik train dari Seremban terus ke KL..Sebab masa tu, arwah mah dah ditransferkan dari Hospital Gleanegles ke HKL.. Apa yang memilukan, dokter cakap yang mak dah tak boleh diselamatkan sebab buah pinggang mak dah tak berfungsi.. Sha dapat call dari akak dan sampai terus bacakan Yassin disamping arwah mak. Yaaa. sha dapat lihat perubahan mak. Mak dah tak boleh nak telan air masak yang akak bagi.. Mak sentiasa beristighfar...Mak sentiasa menyebut nama 'Alllah ! Allah!.'.. Sangat terharu...sebak... hanya Allah yang tahu..apa yang sha harapkan yang Allah janganlah ambil nyawa ibuku.. Sha tak puas lagi hidup dengan mak...


Akhirnya, dah dapat persetujuan dari abah dan pihak hospital, mak pon dibawa pulang dengan van hospital.. sebelum mak dibawa pulang, Nurse kat sana ada ajar Kak Ngah tentang macam mana nak dressing luka mak. Sha masa tu nak sangat tengok. Kak Ngah pesan, sha kene kuat kalau nak tengok luka mak. MasyaAllah !!! Sha mampu beristighfar.. Sha ta tahu pun selama ni luka mak yang sangat besar. Mesti perit mak menahan kesakitan tersebut.. Selama ni, mak tak tunjuk yang dia sakit. Mak sentiasa cakap yang dia hanya sakit perut. Sambil senyum..Sha teringat masa mak cakap dia ada kanser..'Mak ada kanser. Mungkin ini rezeki mak.'. Terus  sha peluk mak.....

Sha sentiasa ada dengan abah. Sepanjang abah bawa kereta, abah cerita macam-macam tentang mak...saat perkenalan mereka...dan abah ada bagitahu yang mak pesan 'Kalau I dah sihat, nanti nak pergi ke China, U belanja'.. Sebak hati sha. Sha tahu abah sayang sangat-sangat kat mak.

Sampai di Bentong, mak baring kat atas katil arwah atuk. Sebelum tu,Mak ada pesan 'Dia nak meninggal kat rumah dia sendiri'.Tapi abah tak dapat tunaikan sebab rumah kat Temerloh semak.Bayangkanlah rumput dah sampai ke kepala, sebulan tak ada orang nak uaruskan rumah....

Sebelum mak cik sha suruh sahur, sha duduk disamping mak. Bacakan surah yassin dengan Pak Teh. Selesai sha habiskan surah tersebut, Pak Teh teruskan bacaan Surah Al-Mulk. Apa yang sha tahu, Surah Al-Mulk sangatlah baik. salah satunya, adalah untuk memudahkan roh seseorang dicabut. Masuk suapan yang ke 2, Pak Teh panggil sebab dia nampak nafas mak turun naik.. Sha bergegas tengok mak.. Ya Allah !! depan mata sha sendiri, nafas mak berakhir.. Masa tu, abah baring sambil pegang erat tangan mak, tertidur sebab mungkin dia penat. Abah terus panggil nama mak.. Tapi mak kaku..Sha pegang tangan mak.. Sejuk.... Yaaaa.. Mak dah pergi tinggalkan kami... Sha bersyukur mak pergi dengan baik...Bulan yang baik.. RAMADHAN...

15 September 2007, Ramadhan ke-3, akhirnya mak selamat dikebumikan di Temerloh.. Mak disembahyangkan di rumah. kawan-kawan mak semua sedih.. Mak ramai kenalan.. Ramai cakap mak ni jenis kuat bekerja, friendly tak kira bangsa dan setia dengan abah..Bagi kami adik beradik, arwah mak jenis sporting even tegas mendidik kami, tapi tetap senyum dengan telatah kami....Sha sentiasa selepas solat mendoakan kesejahteraan arwah mak di sana.. dan bermohon semoga roh mak dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal solleh..amin :)




Apa sha cerita..sekadar ingin berkongsi perasaan dikala orang yang sha sayang meninggalkan kita buat selamanye. Selalu sha tengok orang ni tak ada mak.. tak ada ayah.. Tapi sampai satu tahap, kita juga akan mengalaminya.. Bersyukur itu amatlah penting. Bagi yang masih ada ayah...mak.. sayangilah mereka.. Jangan sesekali buat mereka sedih.. bahagiakanlah mereka sebagaimana mereka membahagiakan kita dari kecil sampailah sekarang..


p/s: Terima kasih, Abah, kak long, kak ngah, kak lang, kak de and Atiq.. sha sayang mereka :)
p/s: Terima kaseh kawan-kawan sha yang banyak bagi kata-kata semangat..
p/s: Semalam sha mimpi mak.. mak senyum :) Alhamdulillah...


Thanks for reading :)


6 comments:

  1. sya sayang,
    be strong to the max. sebak je nadia baca entry sya ni. tak terbayang macam mana kalau nadia yang kena lalui semua ni. subhanaAllah. besarnya ujian. tapi sya jangan lupa, sya terpilih antara insan2 terpilih yang Allah sudi uji dengan ujian besar. tabahkan hati sayang! :')

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    seriusly sangat sedih baca post ini.. semoga tabah ya..

    www.kisahsigemok.com

    ReplyDelete
  3. Al-fatihah. Semoga arwah mak sya bahagia di sana. Doa-doa anak yang soleh akan menjadi bekalan dia kat sana nanti. :)

    ReplyDelete
  4. AL-FATIHAH..
    sama2 kita doakan mak sha ditmpaykan dikalangan mereka yang beriman dan solehah...
    to sha::tabahkn hati yer...

    ReplyDelete
  5. al-fatihah untuk arwah mak sha..
    sha u must be strong utk hadapi hari2 seterusnya, sha still ada abah so jaga abah elok2 taw.
    sha mimpi mak senyum that means dia dah aman kat sana sha cume kena banyakkan sedekat doa je kat dia.
    semoga arwah mak sha bahagia kat alam sana dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman

    ReplyDelete
  6. Al-Fatihah~
    moga arwah di tempat kan di kalangan orang-orang yang beriman.
    amin~
    http://bicarahidptentangaku.blogspot.com

    ReplyDelete