Followers

Tuesday, February 14, 2012

❤ 14 Februari 2005 till Now 14 Februari 2012 ❤

 Assalamualaikum semuaaaaaaa !!!
Alhamdulillah, majlis semalam berjalan dengan lancar . By the way, sha agak busy sebelom ni bukan sebab apa just prepared wedding my sis. InsyaAllah nanti sha buat entry after this. Actually hari ini sangat istimewa sebab todaaaayyyy genaplah friendship sha dengan ex student SEMENTA . Seriously, masa cepat berlalu right. ?? So, sha ta sangka hubungan ni dah capai 8 tahun. Alhamdulillah, Thanks GOD dikurniakan kawan seperti mereka.. 

Teringat kenangan masa dulu-dulu. Yelah, bagi sha ni first time sha dok asrama. Dapat environment barulah katakan sebab everything make your own. Kalau tak sebelum ni, asyik arwah mak yang kene buat. Basuh kasut, basuh baju, ingatkan kerja sekolah, study, sembahyang.. Actually, sekolah ni tak lah jauh mana. Sha dapat area bentong..My kampung actually. So, sha ta berapa cuaklah dapat sekolah sini. Atok, bapa sedara, mak sedara, akak sendiri then sepupu sepapat from Haji Suren's family ada kat Bentong ni.


Then, apa yang sha tak boleh nak lupa masa sebok orang turun surau, time tu jugaklah sha agak malas sebab 'bulan mengambang' pulak.. Then perkara yang tidak diingini berlaku, exco asrama boleh pulak buat spot check. Yessssss !!! kantoi disitu. So, sha kene denda kene copy 100 kot surah Yassin then before nak maghrib kene submit kat mambra.. Lagi satu, kantoi jugak. Kesalahan yang sama, tapi kene sebat kat tapak kaki and betis.. hehehe.. Nakal di situ :)

Bile kat kelas, sha paling ta suka kelas math sebab masa form 4 tu, bagi sha sangatlah susah.. sampai ta siap kerja then kene berdiri atas kerusi.. Ya Allah malu sangat2 sebab depan kelas sha dahlah student mechanical.. Ramai laki pulak tu.. Memang tebal. Rasanya pipi dah letak blusher teal gile dah. Haha. Kenangan ohh kenangan..


Time sekolah sana jugak sha aktif kawad. Yeaaahhhh !!! sampai muka pon dah macam pakai topeng. Tiap2 petang berlatih. Seronok pulak even penat tapi berbaloi.. Sha join Puteri Islam. Jangan pelik kalau sha cakap team sha ni dah sampai wakil negeri.. Sampai ke Perak . Besh actually join macam ni. Bukan sebab apa, sha suka berjalan.. Alang-alang pergi pertandingan dapatlah bercuti kan.. tapi sedeh sebab tak ade sangat kenangan kat sana.. Dulu sha tak mampu nak beli kemera digital apatah lagi yang ade filem tu. Hehe. Tak apa, sekarang alhamdulillah.. Sha dah ade, setiap pic yang ditangkap mempunyai cerita sendiri :)

Then, sha jugak dapat join kelas Al-Bukhari. Actually, tak semua dapat join kelas ni. Ni just random. Jangan salah paham.. Bukan untuk budak pandai ke apa..Kire rezeki sha. Kelas ni free tok 5 subject : Kimia, Fizik, Add Math, LK and BI.. Alhamdulillah, result pon dapat agak baik keputusannye. 



Sangat banyak kenangan sha rasa ta tertulis sekarang ni. Ada kenangan pahit ada yang dijadikan kenangan manis sampai sekarang. Rasanya nak jer pusing waktu ni ke zaman sekolah balik. Seriously sangat rindu..Korang pon mesti macam tu jugakkan.. hehehe.. :) Apa-apa pon just dapat doakan dari jauh untuk kejayaan dan kesejahteraan semua kawan-kawan sha tak kirelah di mana jua anda berada.

Zulaika, Ain, Nia, Peanut, Suhaila, Masita, Baby, Anis, Quya, Sarah, Aqilah, Syamim
Thanks being my friend forever
I never forget about our relationship
Hope you all success and always dilindungi oleh Allah S.W.T
aminnnn :)


*picture empunya blog pada zaman dulu kala.. Hehehe. Cube teka mana sayaaaaaa ?? *


0 comments:

Post a Comment