Daisypath Friendship tickers

Followers

Tuesday, January 24, 2012

Pergi Seminar dan Dapat Jadi Sukarela..Sukarela tu penting ke ??



Assalamualaikum ^^

Actually bangun awal sebab kelaparan yang amat sangat. Check kat dapur alhamdulillah still ade nasi. So, apalagi masak telur dadar campur sikit fishball makan dengan kicap..perghhhh ! kenyang perut . hehehee^^ Okeh sha update pagi buta ni bukan apa saja nak kongsi cerita even cerita ni tahun lepas tapi sha rasa still panas dipasaran. Hehehe. Kalau sebelum ni , sha pernah story pasal ISM..Sapa tak tahu SINI..Then sha ada join lagi aktiviti bawah Unit Kaunseling UiTM pasal Free Sex..

First sekali, sha join sebab sha ta pernah pergi Demong. Kalau sape orang Terengganu diorang tahu kat mana..Actually, ermmm boleh dikatakan as a seminar ni kat Demong Resort, Besut Terengganu.. Selama 2 hari sha kat sini. Siyesssssss memang best sebab tepi laut yang terbentang luas. cehhhhh.. Seminar ni combine dengan students Kolej Komuniti Kok Lanas.. Diorang pon fun sangat-sangat..Perjalan dari Kota Bharu dalam sejam jer kot..Before seminar ni start, bosan rasanya leih-lebih lagi housemate sha yang 3 orang tu pergi..Nak jaga rumah katanya but seriously ta rugi seminar macam ni.


Masuk dewan, macam biasa register nama sebab ada sijil then kitaorang dapat keperluan seminar macam beg, buku nota, pen, t-shirt and keychain. Opppssss lupa pulak.. Jabatan Pembangunan Wanita pon join. First segmen macam kitaorang diberi briefing sikit pasal sex..Kalau boleh he said that kene open minded. Segala pertanyaan akan diorang jawab. Pengalaman kitaorang yang ta dapat lupa diberi peluang pegang kondom but make sure ta bawa balik . Hehehe.. Dia tunjuk cara nak pakai kondom tu..hmm nak detail search kat internet okeh.tapon join seminar macam ni.kui3 :)

Yessss perkara yang paling best mestilah makan. Makan kat resort pulak tu kan. Resort ni macam tau-tau kitaorang yang duduk jauh dari family ni so dapatlah lepas rindu masakan kampung..Ada ulam, gulai..Hmmm..memang bestlah. Makan paling last siap paling awal . Itulah kami. ^^

Aktiviti petang sepatutnye main bola tampar tapi ada 1 gelanggang sahaja. Student ramai. Sementara tunggu fasi datang kitaorang apa lagi posing puas-puas dekat pantai ni . Nama pantai sudah lupa. Sha pon ajaklah dak-dak lain bergambar sekali. Secara tak langsung mengeratkan silaturrahimkan..Seriously sangat best kebetulan cuaca yang sangat baik kat ganu..layan jap okeh pic kat bawah ni ^^


Malam tu pulak, kitaorang diperkanalkan dengan En Habib Faisal bin Mohamed Ad-Dawudi. Seorang penceramah dan ta salah sha salah sorang pengasas Nur City Centre, Bachok. Sangat strict okeh time dia bagi ceramah..sepanjang 2 jam macam tu, kitaorang ta dibenarkan bersandar pon. Cuba bayangkan..ish-ishh..Then, macam biasalah ceramah macam ni perlu bermain dengan emosi. Ingat masa pengorbadan ibu bapa..Belajar dan capai kejayaaaaaan . Yesss mula sha rasa biasa sebab video yang ditayangkan semua bagi sha dah tengok. Kalau dulu time SPM, ditayangkan pengorbadan seorang ibu melahirkan baby dengan secara operation then video di Indonesia yang seksaan dalam kubur dan sedikit sedutan drama..Tapi time dia suruh pejam mata terus sha teringat kat arwah mak, muka abah then family terus menangis. Sha syukur dapat keluarga yang terBEST di dunia..


Esoknya bangun pagi breakfirst then dengar taklimat dari MAMA . Orang kuat Nur City Centre dan seorang jururawat di Kota Bharu. Dia juga menerangkan tentang apa itu HIV, senang ke berjangkit then apa yang penting peningkatan HIV  semakin tinggi dan ketaranya di Kelantan. Even sha sementara sahaja duduk KB as a human kene ambil tahu juga perkembangan semasa sebab ianya sangat penting. Betul ta?? Segmen last bicara bersama dengan ahli penghuni NUr City Centre. Sian menngenangkan nasib seorang ibu yang ta tahu apa sebenarnya pekerjaan suami sampailah si suami meninggal sebab HIV then si isteri dijangkiti sekali.Alhamdulillah semua anaknya bebas dijangkiti tetapi si ibu merahsiakan status beliau takut mengganggu pelaran anak dia. Sedih sha. Even sha ta ditempat dia tapi sha dapat rasakan apa yang di rasa. Sha doakan akak tu, dapat tempuh hari akan datang dengan baik. Amin. Dalam 1 masa jugak , sha dengan sukarelanya untuk menjadi sukarela kat Nur City Centre.

Bersama MAMA yang sporting dan berkhidmat untuk masyarakat^^ 


****************

Pada 26 November tu sha join sukarela kat KB Mall. Sha joined dengan student USM pulak. Kerja sha just kene bagi browser pada pada orang ramai. Kat situ menerangkan apa itu HIV, macam mana terjadinya then dapat membantu orang ramai tahu tentang HIV..Hope yang amik then diorang baca sebelum diorang buang atau simpan sahaja..Even penat berdiri kat entrance KB Mall tapi sha rasa berbaloi sebab ramai yang join aktiviti yang disediakan oleh pihak USM.

Hari tu dapat voucher KFC and Pizza . Alhamdulillah ^^



p/s : Nak tahu lebih lanjut Nur City Center KLIK SINI atau KLIK SINI




0 comments:

Post a Comment