Assalamualaikum :)
Pagi yang begitu hening dengan kicauan burung-burung dan ayam berkokok di luar
Ku tersedar dari mimpi-mimpi indah yang imaginasi terhenti seketika
Perit dan kecewa ku rasakan telah berlalu pergi setelah diluahkan
Termenung dan memikirkan apa yang terjadi
Tetapi ku sedar bahawa
Segalanya mungkin berubah
Perkara yang kuharapkan
Perkara yang kuinginkan
Berlalu pergi dengan jawapan yang tidak pasti
Bagi aku
Cukuplah segala episod yang akan mengecewakan diriku
Ku tahu Allah sentiasa memberi dugaan pada hambaNya
Ku cuba untuk kuat menghadapinya tanpa sesiapa
Ku percaya ada insan yang lebih memahami diriku
Membawa diri dengan meninggalkan segala apa yang berlaku
Ku tahu dengan membawa diri tidak akan menyelesaikan apa-apa
Tapi akanku cuba untuk tidak akan mengingatinya
Akanku buang semua ..Ye buang semua
Terima Kasih sebab insan ini yang terpilih
Terima Kasih juga sebab menyedarkan diri ini supaya lebih kuat
Terima Kasih sebab sudah berjaya membuatkan hati ini sedih
Terima kasih sebab sudah berjaya membuatkan air mataku mengalir
Terima kasih dengan segalanya
Hanya mampu memohon padaNya
Hanya 1 ku pinta
Kuatkanlah semangatku untuk menghadapi semua ini
keep strong. Allah sentiasa bersama hamba-Nya.
ReplyDelete@Chuck
ReplyDeletethanks chuck . selamat hari raya ^^