Daisypath Friendship tickers

Followers

Wednesday, August 24, 2011

Kebetulan


Assalamualaikum :) 

Sekadar apa yang terlintas dalam fikiranku

Kau hadir secara tiba-tiba dalam hidupku
Perkenalan yang ringkas membuatkanku senang berbicara denganmu
Senyumanmu , gelak tawamu , percakapanmu semuanya berbeza dengan orang lain
Kau berbicara tentang kehidupan seharianmu
Kau kongsi segala apa cerita tentangmu 
Segala apa yang kau bicara mempuanyai persamaan denganku
Ku bangga dan kagum dengan sikap berdikarimu
Segala urusanmu kau uruskan dengan baik
Membuatku senang untuk menerimanya

Lantas difikiranku 
Kenapa tidak sebelum ini 
Aku yang berjumpa denganmu terlebih dahulu
Kenapa tidak sebelum ini
Aku yang mengenali dirimu
Kenapa tidak aku yang sebelum ini
Bersama denganmu
Kenapa tidak aku sebelum ini
Merasa bahagia dan kasih sayang denganmu
Mungkin Tuhan ingin aku berjumpa denganmu
Mungkin Tuhan ingin bagitahu padaku bahawa kau milikku
Mungkin Tuhan ingin buatku berasa bahawa lelaki tidak semuanya sama
Mungkin jua Tuhan ingin aku menyedari dan pelajari pengalaman lampau 

Ku syukuri jika kau insan yang selama ini ku tunggu
Ku syukuri jika kau insan yang bertahta di hatiku sampai bila-bila
Ku syukuri jika kau insan yang terpilih dikalangan semua untukku
Ku syukuri jika kau insan yang soleh serta beriman untuk kau memimpin aku
Segalanya aku sangat bersyukur jika kau adalah milikku



p/s : Tarikh 23/8/2011 akan ku ingat sebagai kenangan manis ini bersama walaupun KAU bukan milikku . 


3 comments:

  1. sha! inner sha mcm sgt bagus la. mcm senang bentuk. ni jenis ape? beli kat mane?

    ReplyDelete
  2. hai kamu....kamu mmg sweet...hohohoo

    ReplyDelete