Daisypath Friendship tickers

Followers

Sunday, July 24, 2011

Kenduri Tahlil - Al-Fatihah


Assalamualaikum :)

Hye readers sekalian !! Sehat ?? Kalau ta sehat pergi jumpa dokter ye . Good ^^V . By the way semalam sha balik kampung kat Bentong , sebab all my uncle and auntie ade buat kenduri tahlil untuk arwah nyang , atok , nenek , mak and semua pada Suren's family yang sudah kembali ke rahmatullah . Al-Fatihah buat mereka .

Then , macam biasalah before tahlil sha ta kene buat kerja apa pon . Sempat snap gambar dengan mereka yang sentiasa membuatkan sha happy aja . Then , sempatlah jugak tengok bola Malaysia lawan Singapura .. Gamat suasana tau . Padahal nak buat kenduri tahlil ni . Sungguh tidak sopankan . Tapi nak buat macam mana , semua dah minat bolaaaaaa . Sampai pakcik-pakcik yang datang pon sempat tengok dulu tau . But alhamdulillah dalam pukul 9 macam acara bermula . Lepas bacaan Yassin dan doa , macam biasa ada makan-makan . Lauk pauk yang sangat best .
Ikan patin masak tempoyak
Keli sambal
Terung kari
Ikan masin
Udang sambal petai
Ikan talapia goreng
Buah tembikai dan pisang
Kuih muih
Ulam-ulaman

Totally sha ingat sebab sha yang kena hidangkan . hehehe . But seriously semua ikan from Janda Baik sebab makcik ada buat kolam ikan , then ada sungai . Hmmm nak tahu suasana macam mana CLICK HERE masa sha ada join family day dulu ^^


This one , kire mak sedaralaaah . Yang tengah tu, Aqidah . Anak Wan Ara sha . Even diorang anak istimewa but pemikiran diorang agak matured dari umur diorang sekarang . Memang fun giler borak-borak dengan diorang . Yang sebelah kiri tu bestfriend Kidah , Rokiah :)

Ini mak sedara VS anak sedara ^^V
Cube teka mana mak sedara mana anak sedara ??
Sofea , Qistina , Akmal , G-ha

Eheeeemm , status kami sama .
Even Sofea ni comel , mata bulat and kecik orangnya padahal kami adalah golongan makcik2 sebab Sofea ni anak Pak Busu Sha . Adik last arwah mak ^^V

Yeaaaahhhh , ni lah dikatakan makcik VS anak sedara :)
Akmal anak akak sha . hehehe .

So, itulaaah jelah aktiviti semalam . Before balik tu , normallah kene tolong apa patutkan . Cam kemas meja , basuh pinggan , cawan . Dah nama kenduri . hehehe . Terima kasih pada wan , nenek sedara , mak sedara and ayah sedara sebab doakan sha semoga selamat belajar ke KELANTAN nanti . Amiiinnn ^_____^

Okeyhlaaah semua .
Selamat menjalani kehidupan seharian . Ingat !! bersyukur dengan rezeki yang Allah S.W.T berikan . Jangan sesekali mengeluh . Terima dengan hati terbuka . InsyaAllah , DIA akan memberkati semuanya . Wallahualam

Al-Fatihah
Allahyarham Hj Mohd Suren b Maarof ( Atok )
Allahyarhamah Hjh Siti Gayah b Basah ( Nenek )
Allahyarhamah Hjh Sallehah b Mohd Suren ( Mak )
dan
Semua yang sudah kembali ke rahmatullah
Semoga kalian semua ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh/solehah
Aminn

0 comments:

Post a Comment