Followers

Friday, November 5, 2010

|Deepavali|


wah!!!Selamat hari raya pada kaum India yang masing2 menyambut Deepavali.mesti meriahkan sebab mengikut Wikipedia..Hari Deepavali juga dikenali sebagai Diwali dan Divali yang merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia..ni yang best sebenarnya.heheeee>.<.

Korang tahu tak..perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi mengikut kalender Hindu(antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.

Hmmmmm..so sha story sikit ye background perayaan ini...Menurut lagenda, Raja Nagasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasura meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.

Simbolik nye ialah pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.

Sesiapa nak baca lebih lanjut lagi pasal ini boleh klik WIKIPEDIA ni


So, pada kawan2 sha yang beragama Hindu cam Burn And Mono.bile nak bag duit raya ye..???hohohohoho



0 comments:

Post a Comment