Daisypath Friendship tickers

Followers

Thursday, July 15, 2010

MANTRA


SINOPSIS
"Mantra", sebuah filem bergenre seram ini menceritakan Muzir (Zul Suhpian) yang dianiaya oleh Hasbi (Hasnul Rahmat) demi melengkapkan ilmu hitamnya serta keinginan untuk mendapatkan isteri Muzir sehingga mengakibatkan Muzir meringkuk dalam penjara seumur hidup. Dalam penjara, Muzir berjaya mendapatkan ilmu hitam daripada Embah yang bakal dijatuhi dengan hukuman mati. Disebabkan bilik penjaranya dikunci dengan ayat-ayat serta kalimah suci Allah, maka Muzir tidak dapat melengkapkan ilmu hitamnya lantas mendapatkan pertolongan dari warden penjara iaitu Pak Long untuk memadamkan ayat dan kalimah suci Allah. Setelah ayat dan kalimah suci Allah berjaya dipadamkan, pelbagai peristiwa pelik berlaku akibat daripada perubahan ilmu hitam yang dituntut Muzir.

"Mantra" dilakonkan oleh Zul Suhpian (Handy Black), Hasnul Rahmat, Ana Dahlia, Azim, Hamdan Hj. Ramli, Mas Muharni dan ramai lagi.

Diterbitkan oleh MIG Production, "Mantra" akan ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia pada 15 Julai 2010.

macam best kan??so sapa nak pergi tengok hari ini ajak sha ye..sha pon nak tengok jugak..sambil2 tu siapa yang tak tahu tentang jalan cerita Mantra ini..sha dah sediakan trailer untuk korang so korang boleh tengok ye..have fun!!!!!

0 comments:

Post a Comment