Daisypath Friendship tickers

Followers

Friday, February 21, 2014

Yeahhh ! I'm Back :)


Assalamualaikum and salam bloggers !!!

I'm back !!! Dah lama tak berblog . 3 tahun dah usia blog ni . Selalu tengok blog kat telefon jer, tapi nak update tu tak ade masa . Semenjak kerja ni kan agak busy uruskan bebudak . Actully, banyak cerita nak kongsi tapi gara-gara keyboard rosak sebab minum air sambil tonton movie so tertumpah tambah pulak dengan line slow . argh! mood nak menaip tu tiba jadi hilang . Tadi mintak tolong abah teman pergi cari keyboard . Sebelum tu dah search yang nak macam mana . Ingat nak beli keyboard besar tu, tapi pikir takkan nak bawak merata .




At last beli yang macam ni je . Flexible Keyboard = RM29 . Okeh, sha tahu ade murah lagi tapi apakan daya, kalau dah beli kat Temerloh ni gak mahallah . Tapi sedih sebab pink tak ade . So, grab warna purple . Purple pon cantik ape .  Hehe . Tak apelah janji boleh menaip kan . Boleh dah update memacam lepas ni . After this, nak berblog nak kongsi cerita macam-macam dengan korang .Hehe . by the way, thanks korang sebab sudi menjadi follower sha . Dulu sha ade buat review blog follower, insyaaAllah sha akan buat ye . So, bolehlah sesama follower follow blog memasing sesambil tu, menambahkan kenalan .


Okeh, nanti sha update lagi . See ya ! :) #teruja



Saturday, July 27, 2013

Jual-jual :)

Assalamualaikum and hye semuaaaa :)

Salam Ramadhan ye buat blogger sekalian . Harap semua sehat untuk menjalani ibadah puasa . Tak lama lagi dah raya . Rasa sekejap sangat-sangat . Oh by the way, kat sini sha nak jual camera pink sha ni . Boleh guna lagi . Semua berfungsi dengan baik . But ade calar sikit .







Panasonic LUMIX DMC-FH1 12 MP Digital Camera

Condition : 8/10
Memory card 2GB
Charger + Batery
Camera casing
 HARGA BOLEH NEGO :)

p/s : Gambar di atas tak edit langsung ye . Still boleh nego harga . Tapi After sold, No Return, No Refund . 


Saturday, July 20, 2013

Doaku :)

Assalamualaikum :)


Bismillahirrahmanirrahim 

Ya Allah,
Ampunilah dosaku, kedua ibu bapaku dan umat-umatMu,
Kau tempatkanlah roh arwah ibuku dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal solleh,
Kau tempatkanlah roh umat-umatMu dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal solleh.
Ya Allah,
Kau lindungilah keluargaku dan umat-umatMu daripada perkara yang tidak baik,
Kau limpahkanlah rezeki kepadaku, keluargaku dan umat-umatMu.
Ya Allah,
Kau berikanlah kejayaanku, keluargaku dan umat-umatMu di dunia dan di akhirat,
Hindarilah kami dari sifat yang tidak baik dan sentiasa bersama disisiMu.
Ya Allah, 
Seandainya dia adalah jodohku, 
Kau berikalah petunjuk kepadaku,
Kau berikanlah kesabaran kepadaku supaya aku dapat menempuh hari-hari akan datang.
Ya Allah,
SesungguhNya Engkau Maha Pengasih, Maha Penyayang dan 
Maha Mengetahui.Amin 

Ya Rabbal Alamin .


Friday, July 19, 2013

Miss that moment :)

Assalamualaikum semua :)

Awak oh awak . Tahu kan hari ni hari Jumaat . Tahu tak hari apa ? Jawapannya hari ini kita genap puasa 10 hari . Yeahhhh !! lagi 20 kita nak raya . Hehe . Gurau di pagi hari . Tapi betullahkan hari ni dah 10 hari kita berpuasa . Sekejap je masa berlalu . Rasa semalan baru annouce puasa kat tv . Its okeh selamat menunaikan ibadah puasa ye awak-awak sekalian . 

Kalau perasan sha dah tukar lagu kat belog ni . Best tau . Kalau karaoke mesti bawak lagu ni . Akak sha yang suggest . Sangat sentimental value kat situ . Dah lagu jiwang gini mulalah teringat something yang rasa tak perlu nak kongsi kot kat dalam belog ni . Tapi just nak share dengan korang aja . Hehe . First of all lagu ni khas untuk dia . Hope dia tak stalk lah belog sha ni . Hehe . Rasa tak kot sebab dia busy . Miss time mula kawan, hangout, gado2 tapi tak pernah nak pujuk . Hehe . Apa-apa pon best weh ngan dia . 

Actually, sha dah lama kenal dia ni . Since sekolah teknik lagi . Tapi apakan daya masa tu sha sekadar murid biasa yang selalu buat hal . Kat sekolah sha ni baik tau . Tapi kat asrama taiko . Hehe . Sha kenal dia ni pon sebab diorang ade geng . Geng pengawas yang agak kerek . Erkk !! Betul sangat kerek okeh . Pada mulanya tak kenal pon, just lepak depan kelas kawan yang cakap . Masa sekolah manalah sha nak usha student lain, sebab sha masa tangkap cintan dengan clasmate sendiri . So, focus sorang dahlah kan . But now, clasmate tu dah ex okeh ex .  

........................................................................................

Then, 6 tahun, sampailah sha degree, masa tu dah nak habis part 5 . Dekat final dah . So, jumpe balik dalam facebook . Biasalah facebook kan merapatkan silaturrahim . Diapon inbox kat FB . Rupanya dah lama kawan . Tapi sha jerr yang tak perasan . Maaf ye . Dulu jenis sha approved jer sekarang kene tengok dulu, mutual friend dengan sapa . Kalau tak kenal tu sha hold jap . Kekadang langsung tak accept pon . Hehe . Dalam FB borak apa yang pon dah tak ingat then yang sha tahu, sha makan time tu dengan kawan so i give my phone number kat dia . Bukan apa, sha berani bagi sebab i know him even tak pernah tegur pon kat sekolah dulu . Then, dari mesej, call dan ikutkan hari-hari kot . Almaklumlah viber call kan free . Segala masalah kat dia lah . Nasib dia tak kisah . Maksud sha tak kisah tok mendengar . Kekadang bagi semangat . cehhhh :P

I told him yang sha sem depan (Part 6) nanti praktikal kat Kastam . So, die terus decide nak jumpa . Whattt !! Jumpe ?? Almost 6 years kot . Ala relakslah dulu . Kononnya tak sedia bagai . 
30 Januari 2013 is our first dating gitu and on my birthday . Hehe . Malu tapi buat-buat tak malu . Controllah sikit kan . Tapi tengok dia yang lagi malu . Sha ingat lagi awak, awak pandang pastu senyum sengsorang . Hehe . Sabar jelah . Makan together-gather then awak buat surprise kat sha . Tenkiuuuuu ~~ tak pernah lagi orang celebrate birthday macam ala sweet2 gitu . Selalunya sekali package . Tepung include telor . But hari tu, taraaaaaa ! cupcake . Siap nyanyi lagi . Hehe .

30 Januari 2013 - Happy Birthday to me . Hehe :)

Thank you being my friend and my partner . 
Saya doakan awak berjaya dan terus berjaya . 
Semoga persahabatan yang terjalin sampai bebila .
InsyaAllah 
Amin ya rab :)





p/s : Kalau ikutkan kamus saya, kita dah kawan 7 bulan . Yeaaaaahhh Y( ^___^)Y
p/s/s: Sesiapa nak usha pre-loved bag yang comel-comel SINI ye 

Wednesday, July 17, 2013

I LOVE GIVEAWAY by www.nisakay.com


Assalamualaikum :)

Salam Ramadhan semua . Lepas sahur tadi, check e-mail, online FB jap then buka dashboard belog ramai yang buat GA . Salah satunya GA from Nisa Kay . Jomlah join ramai-ramai . Tak susah mana pon . Semoga berjaya semuaaaa ^^V.

Nak Join KLIK SINI

I LOVE GIVEAWAY
Tarikh tutup penyertaan : 21 Julai 2013, 8.00 pm







p/s : Hari ni nak buat apa ye ?? 

Tuesday, July 16, 2013

Pre-loved :)



Assalamualaikum semua :)
Salam Ramadhan bloggers sekalian :) 
Hari tu sha ade cakap nak nak buat pre-loved kan . So kat sini ade 2 bag . Sha jarang pakai sebab sha sekarang suka beg yang besar-besar . Bukan apa senang sumbat semua barang macam phone, power bank, makeup dan sewaktu dengannya ^^V. Murah jer . Bolehlah korang melaram time raya ke jalan mana-mana ke . Hehe :) Kedua-duanya ada tali dan still comel lagi . 

Colour Yellow : RM25 include postage 

Colour Red : RM15 include postage


Sesapa yang berminat boleh add facebook sha ye :)




p/s : Terima kasih sebab angkat call :) rindu awak actually ^^


Monday, July 15, 2013

Kenapa dan kenapa . Ini jawapannya :)


Assalamualaikum semua :)

Salam Ramadhan yang ke - 6 . Alhamdulillah hari ni boleh puasa dan diberi kesihatan yang baik selalu . Buat bloggers sekalian hope macam tu jugak  tau . Hari ini aktiviti kat rumah just nak tolong abah bersihkan kawasan rumah . Yelah tak lama lagi nak raya . So, mestilah nak tengok rumah dalam keadaan bersih dan cantik kan . Betul tak ? 

Oh by the way, ramai tanya sha pasal blog . Soalan yang biasa sha dengar soalan macam ni;


Sha, kenapa buat blog ?

Pada mulanya, sha buat blog suka-suka jer . Sha ni rajin terjah blog orang . First yang sha rajin bukak Hanis Zalikha . Ya Allah sapa yang tak kenal blogger terkenal tu an . Then, sampai satu tahap 'Why not sha ada blog?' Yelah mula-mula tu takut jugakkan ada ke followers, ada ke yang berminat nak tahu cerita aku dan sebagainya . Lepas tu sha belajar buat blog kat SINI. Dulu agak jahil sikitlah cara nak buatnya . Almaklumlah explore sendiri je . Ada jugak blog yang buat tutorial kan . Berlambak yang korang search . Dah lama tu macam best . Everything sha cerita kat sini . Tapi dulu tak rajin sangat nak meng'update' entry . but now, rajin pulak . Overall sha lebih kepada cerita tentang diri, kehidupan dan orang yang berada di sekeliling sha . Dah nama kan "TENGTANG AKU DAN DIA" . Hehe . 

Actually, sha buat blog sebab sha just nak kongsi cerita . Apa-apa sahaja cerita yang terlintas di pemikiran sha ni . Even dari penulisan ni agak kucar-kacir, but semangat tu penting . Haha . Dari sini, sha dapat ramai kawan . Dari sini jugak sha tau perkembangan semasa . Dan dari sini jugaklah sha tahu suatu kehidupan seseorang yang tak sama dengan kita . Betul tak ? So, nak ber'blog' ni tak kisah pon . Janji jadi diri sudahlah.


Sha, ramai ke followers ko kalau buat blog ni ?

Ya Allah malu pulak rasa bile orang tanya soalan ni . Almaklumlah bukan artis pon kan . So, far alhamdulillah dah capai 571 followers . Ada kawan sendiri . Ada yang baru kenal dan ade tu dah macam kenal lama tapi tak pernah nak jumpa . Hehe . Mula-mula tu lah followers memang tak ramai . Nak ramai rajinlah join segmen ke GA yang bloggers lain buat . Ada jugaklah link kat facebook yang sha rajin nak kongsi link blog after dah update tu . Kat sini ramai bloggers yang baru dan yang lama tau . 



So, bloggers junior or senior selamat berblogging ye :) 
dan Selamat berpuasa . >,<



Sunday, July 14, 2013

Inilah Masanya . Sekian :)


Assalamualaikum semua :)

Salam sahur dan subuh ye . Yeahhh !! Hari dah masuk Ramadhan ke - 5 bloggers . Ada yang dah kantoi puasa tak ?? Hujan membasahi bumi Temerloh sekarang ni . Renyai - renyai gitu . Membuatkan rasa nak tarik selimut peluk Froggy yang bagak tu then arghhh !! ZZZZZZ ni lah kan . Tapi before tu entry sebelum ni  sha ade cakap nak review my followers punya blog . Thanks semua . Sekarang dah 569 followers . 
Tenkiu dan tenkiu . Hehe . Hope bolehlah jadi kawan lepas ni . Cewaaahhh !! Gimme five *pap !


Buat masa ni bloggers, sha letak 10 blog yang boleh korang terjah . 


Ni semua sha ikut dari mula yang follow sha . Tapi ada setengah tu tak letak link blog memasing . So agak susah nak cari satu - satu . So, sha dapat tepek kat sini yang ade link jer . Mana nak ingat semua an :) 
Hope enjoyed ye kawan -kawan 

Selamat berpuasa dan Jangan ponteng puasa ^^ 



p/s : pre-loved on the way :) Murah - murah ^^


Saturday, July 13, 2013

Kenduri Tahlil :)


Assalamualaikum semua :)

Salam Ramadhan yang ke-4 tau . Actually hari ni tak ade buat ape . Sekadar tido bangun tido . MasyaAllah agak tak sopan di situ . Yess. Sha mengaku hari ni memang banyak tido sebab malam tadi sha tak boleh nak tido . Melayan video aja ^^ . Okeh janji hari ni tak buat dah . Nampak tak tapak tangan kanan sha ni . Sha janji . haha >.<

Oh ya, baru terpikir nak update pasal doa tahlil before puasa hari tu . Cerita agak basikan . Tapi tak ape . Sha masih nak update . Tak suka ke ? Okeh sila tekan X di sebelah kanan skrin anda . Haha . Poyo kan :) Gurau di bulan puasa ^^. Majlis tahlil tu diadakan di kampung sebelah family abah . Kat Kampung Simpang Durian, Negeri Sembilan . Ramai jugak adik beradik abah balik tapi yang agak bestnya gathering with my crazy cousins . Hehe . Even sha yang gak muda tua sekali, makanya kene tunjuk sikap yang sopan walaupun ( tangan kat bahu mata juling . Hahah ). Taklah macam tu . Bagi sha umur tak kisah janji kita boleh masuk dunia seseorang tanpa sakiti sesapa . Aikk! macam pelik jer . Hehe..

We all ni beza tak jauh mana . Sekarang Ain baru 20 dan Ieda dah 23 . So, that is why kitaorang agak rapat . Sampaikan mak sedara, abah sedara, atok sedara, sepupu sepapat dan sewaktu dengan mengatakan yang kami ni serupa . Ye !! Serupa . Haha . Nak buat macam mana . Kembar TIGA . Sha ingat lagi, masa we all masih kanak-kanak riang memasing dengan rambut pendek, suar pendek bile balik kampung jer mereka nilah yang sha cari . Ala beza bukan jauh mana pon . Tiap kali balik jer mesti kitaorang hilang . Hilang sekali dengan basikal tua arwah atok . Kah3 !! sampaikan suatu hari tu, sha dengan cousin sha ni naik basikal lepak kat empangan . Dari pagi sampai ke petang . Bila balik tu, atok marah sebab dia kena jalan kaki ke masjid . Haha . Sangat hempehkan . Biasalah bila dah together ni macam-macam nak buat .

Ain - Sha - Ieda



 Sayang you lebihlah . Hehehe
Actually, cousin sha yang Ieda ni dah kawen tau . Umur baru 23 tahun dah ada anak sorang . Anak yang handsome . Hehe . Jeles tau orang dah kawen ni . Sabar sha sabar . Ahaaksss :P

Ni pulak abang kepada Ain, Rahimi . Sha panggil Emy jer .  Also my cousin jugak . Hehe . Sha letak setepek gambar sha dengan dia sekadar ingin wish yang 17/7/2013 ni dia ade interview SPA . 
Wahhh ! Tahniah tau . Doa bebanyak insyaAllah ade rezeki to kau Emy :) 

 Okeh dah nak berbuka . Nanti sha kongsi cerita lain pulak .
Selamat Berbuka Bloggers :)


p/s : Sha nak buat review blog followers sha . Every week okeh :)
p/s : Sha nak buat pre-loved bag also . See You !!



Friday, July 12, 2013

Alhamdulillah dan Tahniah TRW


Assalamualaikum semuaaaa :)

Sebelum apa-apa sha nak ucapkan selamat berpuasa bloggers sekalian . Alhamdulillah, hari ni dah masuk Ramadhan yang ke-3 . Maaf dah lama tak update belog ni . Almaklumlah area kat rumah ni line tak clear sangat . Sha online pon guna handphone Wonderpet tu . Cenonet jer nak tengok . Oh ya, Sha tengah rajin nak update rini . Bukan apa masa tok hari ni agak lambat berlalu . So, Sha bersyukur sesangat sebab habis je VIVA presentation hari tu, terus mencari kedai buat hardcover thesis ni . Bukan senang tahu . Ada tu mahal sangatlah, ambil masa lama lah and bla..blaa dan bla...

Seminggu berlalu, akhirnya thesis sha ni dalam genggaman . Sangat teruja sebab bukan senang kalau nak pikirkan . Dahlah duduk KB seminggu, duk rumah sewa, 1 hari RM50 . Makan lagi . Shopping lagi . Murah sangatkan dok sana . So, mata ni asal sedap mata memandang terus grab . hehe . 

Inilah hasilnyaaaaaaa ^^ taraaaa !!!Akhirnya siap . Even dapat pegang beberapa minit jer, hope everything gonna be okeh . InsyaaAllah semua dapat result gempak-gempak .. Alhamdulillah 

 Masa ni, sha sebok key in untuk 5 orang tau..  Tajuk thesis dan nama lecturer diorang . Nasiblah menaip . Kawan sha lagi sorang kene tulis dalam buku . Lenguh tangan dia. Tajuk thesis memasing panjang katanya ... Ahaaaksss :P Sempatlah snap..


 Dan yang ini, after siap key in . Wajiblah berposing dengan thesis kan . Lantak lah junior nak pikir ape pon . Nanti korang pon akan posing dengan thesis memasing . Hehe 


By the way, tahniah buat The Red Worrior ye . Menang lawan dengan Johor Darul Takzim (JDT) baru-baru ni . Tak sia-sia menjerit bagai nak rak kat stadium . Sha melepak kat kedai makan jer . Nak ke Stadium Bukit Jalil gerun ramai sangat . Hehe 

Even bukan anak jati Kelantan, tapi semangat anak timur tu ada . Hehe

Terima kasih rakyat Kelantan kerana semua baik-baik sepanjang saya study kat UiTM Kelantan
InsyaaAllah ade masa kita berjumpa lagi Kelantan :)



p/s : Hari ni genap 6 tahun arwah mak tiada . Al-fatihah T_T

Friday, June 28, 2013

Dah habis pon VIVA :) Alhamdulillah

Assalamualaikum semuaaaaa :)

Akhirnya sha selesai menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar semester terakhir. Alhamdulillah, Selasa lepas, 25.06.2013 adalah tarikh sha ber'VIVA' depan advisor and second examiner. Sangat berdebar tahu. Yelah, sebelum ni present reramai. Paling koman pon dok present berdua. Masa tunggu turn tu, sha lepak kat student centre. Yelah  nak hafal and fahamkan buat kali terakhir. Bukan apa, takut terlampau cuak terus blur. Ya Allah, jangan ta tahu nak cakap ape sudah. 

Alhamdulillah lagi sekali sebab sha dapat lecturer yang sha kenal dan pernah belajar dengan diorang. So, sha tahu sikitlah apa yang diorang nak. Then, bila sha tak paham diorang turut membantu. Memanglah kekadang tension jugak nak prepare thesis ni. Memerlukan kesabaran yang tinggi. lebih-lebih lagi sha ni praktikal agak jauh...nak kena jumpa lecturer paling busuk pon 8 kali. Alhamdulillah, through telefon and email diterima. bile kita call lecturer tu busylah apa lah...Tak adelah nak ulang alik ke Kelantan. So, kengakawan yang bakal menjalani thesis tu, prepare awal-awal dan belajar dengan senior korang. Kalau tak kompem terumbang ambing.. Macam sha lah tu. Heheheeeeeee :)

So, sekarang sha tengah nak siapkan hardcover thesis. tak sabar nak tengok Ahad ni. hope semua berjalan dengan lancar. Yelah, first time ade thesis sendiri. Hehe ^^. Nanti sha kongsikan gambar ye. Ya Allah, sangat happy bile semua dah selesai dengan jayanya. 
Terima kasih buat advisor,
Madam Roseliza binti Hamid
Second Examiner.
PM Mohammad Jais bin Atan
and
Semuaaaaa yang turut membantu sha.. 
of courselah buat keluarga tercinta yang banyak bagi semangat kat sha :) 
Terima kasih banyak-banyak ^^V


 Alhamdulillah.. Selesai sudah terus lepak library :)

Jumpa classmate :) semua happy 

 Alhamdulillah, sempat jumpe set2 Pahang. Kawan selamanya tau :)

Malam tu pulak sha pergi tengok bola kat stadium. Kelantan VS Pahang. Haha. Sha bukanlah penyokong bola yang tegar. Tapi bile dah duduk kat stadium semangat berkobar-kobar bile dah gol kan. Hehe. Pasni entah bile sha nak pergi ke stadium lagi. Hehe. By the way, Tahniah buat pasukan THE RED WORRIOR atas kemenangan tempohari. Buat pasukan Pahang. Oak pon memasing terer main jugek. Semoga berjaya yek :)

Semangat tahu, ni first time sha beli jersi Kelantan. Barulah merah. Hehe :)


p/s: Sok sha tunjuk tempat menarik Kota Bharu okeh :) Hehe
p/s/s: Thanks Nas sebab ritu bagi pinjam laptop tok sha siapkan proposal. Thanks sesangat.

Thursday, June 20, 2013

Luahan


Assalamualaikum semuaaaaa :)

Update....Padam...Update..Padam
Nampak sangatkan sha ni ta tahu nak update apa sebenarmyaaaaa.. But sebenarnya sha rasa kecewa..kecewa sangat...dunno nak luah kat sapa. bile luah kat abah kompem meleleh air mata + hingus sroottttt ! srooottt !Tapi apakan daya kene kuatkan semangat...

Cinta...
yeee... bile kite inginkan sesuatu..
bile inginkan seseorang dalam hidup kiter
walau macam mana susah sekalipon kita akan cuba dapatkan..
tak kisah dengan apa cara sekalipun..
everything i sanggup untuk u..
sanggup jumpe even jauh
sanggup telefon even bil melambung
sanggup semualah
masa
kerja
kawan-kawan
sometimes
family pon kekadang tak terlayan disebabkan 
terpaksa nak tambat si hati supayasi dia tak kecewa...

then, bile dah kawan...dah rapat makin rapat..
memasing dah mengharap 1 sama lain
something wrong somewhere pulak..
dah tak ade masa
dah tak ada
dah tak ada
dan
dah tak ada masa
begitulah hari demi hari
ikutkan hati dah malas nak pk...
kalau dipikirkan makin lama makin sakit hati
maybe dikatanya kiter ni hidup tak matang
hidup macam budak kecik yang tak reti nak pk jauh
but....
budak kecik pon ade perasaan apatah lagi kita

senang cerita if tak suka dan tak suka
sila berterus terang dengan si dia..
janganlah nak permainkan perasaan orang 
Even one day kiter dah mainkan perasan orang..
orang lain akan permainkan perasaan kita.....

sekian terima kasih



Wednesday, June 19, 2013

Pergi Melawat Kawasan :) Heheh

Assalamualaikum semuaaa :)

Hari ini duduk rumah akak. Untuk plan balik Temerloh tu di'posponed' ke minggu depan after sha habis presentation thesis nanti. Actually hari ini bangun pagi sebab nak settlekan pasal kastam.  Means, report training, evaluation and segala yang berkaitan dengan kastam...Alhamdulillah settle sudah. Alhamdulillah jugak, untuk evaluation sha dapat 95%.. Ohh yeahhhh !! Thanks Tuan Idris... So, ikutkan tak officially habis, sebab sha tak sempat nak ambil sijil.. Makanya, sha mintak tolong kawan praktikal sha yang bagi semua. 

By the way, sha pergi ke cawangan import/eksport, sha ingatkan datin Seri tak ade. Tup2, hari ini birthday dia. So, sha tak sempat nak snap. I wish 
Selamat hari lahir dan murah rezeki :)

Sha sempat jumpa dengan my practical buddy... Fatira and Fatin... So, sempatlah nak bergossip then tanya perkembangan....Biasalah akak kawasan kan. Hehehe ^^



Terima kasih buat warga kastam yang banyak membantu,
Thanks you all
Semoga berjaya semua yeeeeee :)


p/s: Jumpa kawan baru. from UIA student :) Heheee

Thursday, June 13, 2013

Syukur :)

Assalamualaikum :)
 Rajin benor nak updatenyeee.. macam twenty for seven dop menghadap PC kat office ni. Hehe. Tadi sha tepon madam pasal thesis yang sha hantar kelmarin. alhamdulilllah selamat sampai dan madam dah baca pon.. Even, banyak jugaklah kena betulkan, rasa tenanglah sebab madam tak adelah nak marah-marah ker. Hehehe.. by the way,  malam ni sha nak siapkan thesis.. So, focus dan abaikan benda-benda tak penting. Apa yang penting, sha dapat habiskan thesis, present dengan jayanya minggu depan.. aminnnnn :)


Ucapkanlah ALHAMDULILLAH dikala susah dan senang ^^V

Thanks :)

Assalamualaikum semua :)

Hehe..10.40 pagi masih ta tahu nak buat ape. Nak settlekan buku report petang nilah.. Masa banyak lagi. Esok last an.. So bagi memenuhi masa ni, sha ade bukak balik entry yang lepas-lepas.. Tak sangka dah 3 tahun sha terjebak dalam dunia belog ni.. Tapi masih lemah dalam dunia penulisan ni. Maaflah if sesapa yang terasa..sapa yang follow sha tak follow.. Lepas ni nak suruh sha follow, sila sertakan link belog korang kat comment k.. Sonang den nak terus terbang ke belog korang...

oh ya, ngah belek-belek tadi terjumpa comment ni dalam salah 1 entry sha.. yang mana tu, abaikanlah.. Tapi sha sangat hargai nasihat beliau.. Sha ta tahu sapa..by the way, terima kasih...
InsyaaAllah, kalau tak aral melintang, ade jodoh adelah..
Tuhan segalanya..^^




p/s: sedeh pulak :'(

Wishlist :)

Assalamualaikum semuaaaaa :)

Hari Khamis yang sungguh best.. rasanya dah last-last ni tak buat kerja sangat kot. hehe ^^V. Semalam sha asyik usha benda alah ni jer. Memang dah lama dok mikir nak beli. Even orang lain dah dok pakai.. tapi pedulikan aja.. Hehe. Ini gara-gara semalam sha pergi ikut akak pergi Digital Mall. Sumpah ! barang kat sana memang murah berbanding dengan Low Yat. Camera, phone, and segala bagai yang korang nak ade kat sana.. So, lepas ni sha bertukar arahlah nak shopping barang digital ni..Comelkan camera ni. Dahlah pink... Fall in love terus .. heheeeeeee

 CAMERA SAMSUNG NX100 
*gambar amik kat Google* 
Nak tahu lebih lanjut 
 InsyaaAllah, ade rezeki lebih apa salahnya tok effort diri sendiri kan ^^

Wednesday, June 12, 2013

Two more days :)


Assalamualaikum semua :)

Malam ni agak nak menggedik update sebelum sha nak print report practical jap lagi . Nak citer sikit pengalaman praktikal kat sini.. means Kastam :) Actually, sepanjang 20 minggu ni kastam ni sha ade cerita kat entry sebelum ni, Sha dapat praktikal di Bahagian Perkastaman. Salah 1 bahagian yang ada di Kastam ni. Sangat heaven lagi  diberi peluang praktikal di setiap cawangan. Sha sampai merantau ke Sg Way and Seri Setia.... Alhamdulillah, even diorang tahu yang sha ade 2 orang kakak and abang ipar pegawai kat sini, diorang tak adelah nak pilih kasih antara student practical yang lain.. Apa yang diorang kene buat, sha pon kene jugak tahu.. Hehehe. Salah satunya menari. Perkara yang sha dah lama ta buat. Kalau time diploma tu rajinlah nak involvednya sebab sha suka menari. Alang-alang senaman macam tu..
officially Student Practical Kastam :) 28.01.2013-14.06.2013
*abaikan gambar kembang semangkuk tu.. akak tu ta reti nak edit.. cittt !! :P



Okeh, Ini event sempena Dato Saadon nak pindah ke Melaka. So, student practical perlu menari. Ada 2 tarian. Tradisional and Arabic. Tapi Alhamdulillah sesangat.. event tu cancel dan SHA TAK PERLU MENARI.. OH YEAHHH !!.. Selamat you all :)


Selalunya, student praktikal ni, diletakkan bahagian pentadbiran, Korang kene check surat, cop receive, pastu rekod dalam buku, then, bagi kat ketua cawangan..pastu bla..bla..bla dan bla lagi. Kerja yang simple.. Tapi okeh jugak, dari tak reti nak nak guna mesin photostat sha dah expert okeh. Mintak jer.. Terasa dah macam boleh bukak bisnes dah... Masyukkkk !!!..Dan apa yang best dari malu-malu kucing, asyik2 menghadap PC, korang akan bermesra alam dengan semua staff. Korang akan dikenali.. Hehe.. Contohnya baru-baru ni...Almaklumlah.. sha kan selalu pakai pin bunga kat bahu. So, minggu lepas, sha mintak akak sha tolong distributekan questionnaire, Akak bagilah kat seorang pegawai ni, 

Akak : Tuan ! Tolong jawab soalan ni.. 
Tuan : Untuk apa? Siapa punya?
Akak : Adik saya, nak buat thesis. So, memerlukan benda alah ni..ala dia pernah praktikal sini..
Tuan : Ohhhh, gadis bunga tu.. 
See, sampai sekarang Tuan tu panggil Gadis Bunga :)  

Then, kene hadiri ceramah or aktiviti yang dikendalikan oleh cawangan latihan... Al-maklumlah kalau dah berkumpul ni, snap sana sini lah kan. HEHE :)

Lepas tu, mesti korang agak bosan an everyday melakukan perkara yang sama.. Korang kene rajin bertanya.. Lepas tu, macam sha, pinjam Fail Meja tau. Setiap pegawai tu, diorang ade Fail Meja. Means, dalam fail tersebut ade tugas memasing. Even, ta tahu praktikalnya macam mana, secara tak langsung korang tahu sikit-sikitlah tugas dia...Then, semua akan mengenali korang sebab ade round2 1 kastam. Hehehe..

Kenangan kat ICD, Seri Setia :)

Yang paling tak best, bila sengsorang student practical habis. Huhu. Sedih tahu. 
Wana, Anyys, Siva, Nantheni, Husna, Iffa, Iklima, Amir, Hakim, Fathiera, Fatin, Zaidi :)

okehlah, kalau nak cerita sampai sok lusa tulat pon tak habis lagi tau... by the way, 

Thanks a lot pada 
Datin Khairiyyah binti Abbas - Ketua Bahagian Perkastaman
Puan Posiah binti Abu - Ketua Cawangan Penggudangan
Tuan Abu bin Kassim - Ketua Cawangan Zon Perindustrian Bebas, Sg Way
Tuan Rasali bin Mamat - Ketua Cawangan Industri
Puan Asiah - Ketua Cawangan ICD, Seri Setia
Datin Seri Rohana - Ketua Cawangan Import/Eksport
dan
Semua Pegawai dan Penguasa Kastam yang banyak membantu sha dalam semua hal sepanjang sha buat praktikal kat sini...


Hari ini ade jual bunga :) Sha beli tok semua akak2 sha.. Even org kata mahal RM15 sekuntum tapi nak hargai seseorang tak pikir dah.. ^^


p/s: Pada yang exam tak lama lagi, good luck, pada yang praktikal, selamat berpraktikal, yang nak kawen tu, SELAMAT PENGANTIN BARU.* ekh tetibe :)