Daisypath Friendship tickers

Followers

Saturday, July 13, 2013

Kenduri Tahlil :)


Assalamualaikum semua :)

Salam Ramadhan yang ke-4 tau . Actually hari ni tak ade buat ape . Sekadar tido bangun tido . MasyaAllah agak tak sopan di situ . Yess. Sha mengaku hari ni memang banyak tido sebab malam tadi sha tak boleh nak tido . Melayan video aja ^^ . Okeh janji hari ni tak buat dah . Nampak tak tapak tangan kanan sha ni . Sha janji . haha >.<

Oh ya, baru terpikir nak update pasal doa tahlil before puasa hari tu . Cerita agak basikan . Tapi tak ape . Sha masih nak update . Tak suka ke ? Okeh sila tekan X di sebelah kanan skrin anda . Haha . Poyo kan :) Gurau di bulan puasa ^^. Majlis tahlil tu diadakan di kampung sebelah family abah . Kat Kampung Simpang Durian, Negeri Sembilan . Ramai jugak adik beradik abah balik tapi yang agak bestnya gathering with my crazy cousins . Hehe . Even sha yang gak muda tua sekali, makanya kene tunjuk sikap yang sopan walaupun ( tangan kat bahu mata juling . Hahah ). Taklah macam tu . Bagi sha umur tak kisah janji kita boleh masuk dunia seseorang tanpa sakiti sesapa . Aikk! macam pelik jer . Hehe..

We all ni beza tak jauh mana . Sekarang Ain baru 20 dan Ieda dah 23 . So, that is why kitaorang agak rapat . Sampaikan mak sedara, abah sedara, atok sedara, sepupu sepapat dan sewaktu dengan mengatakan yang kami ni serupa . Ye !! Serupa . Haha . Nak buat macam mana . Kembar TIGA . Sha ingat lagi, masa we all masih kanak-kanak riang memasing dengan rambut pendek, suar pendek bile balik kampung jer mereka nilah yang sha cari . Ala beza bukan jauh mana pon . Tiap kali balik jer mesti kitaorang hilang . Hilang sekali dengan basikal tua arwah atok . Kah3 !! sampaikan suatu hari tu, sha dengan cousin sha ni naik basikal lepak kat empangan . Dari pagi sampai ke petang . Bila balik tu, atok marah sebab dia kena jalan kaki ke masjid . Haha . Sangat hempehkan . Biasalah bila dah together ni macam-macam nak buat .

Ain - Sha - Ieda



 Sayang you lebihlah . Hehehe
Actually, cousin sha yang Ieda ni dah kawen tau . Umur baru 23 tahun dah ada anak sorang . Anak yang handsome . Hehe . Jeles tau orang dah kawen ni . Sabar sha sabar . Ahaaksss :P

Ni pulak abang kepada Ain, Rahimi . Sha panggil Emy jer .  Also my cousin jugak . Hehe . Sha letak setepek gambar sha dengan dia sekadar ingin wish yang 17/7/2013 ni dia ade interview SPA . 
Wahhh ! Tahniah tau . Doa bebanyak insyaAllah ade rezeki to kau Emy :) 

 Okeh dah nak berbuka . Nanti sha kongsi cerita lain pulak .
Selamat Berbuka Bloggers :)


p/s : Sha nak buat review blog followers sha . Every week okeh :)
p/s : Sha nak buat pre-loved bag also . See You !!



0 comments:

Post a Comment