Followers

Wednesday, June 12, 2013

Two more days :)


Assalamualaikum semua :)

Malam ni agak nak menggedik update sebelum sha nak print report practical jap lagi . Nak citer sikit pengalaman praktikal kat sini.. means Kastam :) Actually, sepanjang 20 minggu ni kastam ni sha ade cerita kat entry sebelum ni, Sha dapat praktikal di Bahagian Perkastaman. Salah 1 bahagian yang ada di Kastam ni. Sangat heaven lagi  diberi peluang praktikal di setiap cawangan. Sha sampai merantau ke Sg Way and Seri Setia.... Alhamdulillah, even diorang tahu yang sha ade 2 orang kakak and abang ipar pegawai kat sini, diorang tak adelah nak pilih kasih antara student practical yang lain.. Apa yang diorang kene buat, sha pon kene jugak tahu.. Hehehe. Salah satunya menari. Perkara yang sha dah lama ta buat. Kalau time diploma tu rajinlah nak involvednya sebab sha suka menari. Alang-alang senaman macam tu..
officially Student Practical Kastam :) 28.01.2013-14.06.2013
*abaikan gambar kembang semangkuk tu.. akak tu ta reti nak edit.. cittt !! :P



Okeh, Ini event sempena Dato Saadon nak pindah ke Melaka. So, student practical perlu menari. Ada 2 tarian. Tradisional and Arabic. Tapi Alhamdulillah sesangat.. event tu cancel dan SHA TAK PERLU MENARI.. OH YEAHHH !!.. Selamat you all :)


Selalunya, student praktikal ni, diletakkan bahagian pentadbiran, Korang kene check surat, cop receive, pastu rekod dalam buku, then, bagi kat ketua cawangan..pastu bla..bla..bla dan bla lagi. Kerja yang simple.. Tapi okeh jugak, dari tak reti nak nak guna mesin photostat sha dah expert okeh. Mintak jer.. Terasa dah macam boleh bukak bisnes dah... Masyukkkk !!!..Dan apa yang best dari malu-malu kucing, asyik2 menghadap PC, korang akan bermesra alam dengan semua staff. Korang akan dikenali.. Hehe.. Contohnya baru-baru ni...Almaklumlah.. sha kan selalu pakai pin bunga kat bahu. So, minggu lepas, sha mintak akak sha tolong distributekan questionnaire, Akak bagilah kat seorang pegawai ni, 

Akak : Tuan ! Tolong jawab soalan ni.. 
Tuan : Untuk apa? Siapa punya?
Akak : Adik saya, nak buat thesis. So, memerlukan benda alah ni..ala dia pernah praktikal sini..
Tuan : Ohhhh, gadis bunga tu.. 
See, sampai sekarang Tuan tu panggil Gadis Bunga :)  

Then, kene hadiri ceramah or aktiviti yang dikendalikan oleh cawangan latihan... Al-maklumlah kalau dah berkumpul ni, snap sana sini lah kan. HEHE :)

Lepas tu, mesti korang agak bosan an everyday melakukan perkara yang sama.. Korang kene rajin bertanya.. Lepas tu, macam sha, pinjam Fail Meja tau. Setiap pegawai tu, diorang ade Fail Meja. Means, dalam fail tersebut ade tugas memasing. Even, ta tahu praktikalnya macam mana, secara tak langsung korang tahu sikit-sikitlah tugas dia...Then, semua akan mengenali korang sebab ade round2 1 kastam. Hehehe..

Kenangan kat ICD, Seri Setia :)

Yang paling tak best, bila sengsorang student practical habis. Huhu. Sedih tahu. 
Wana, Anyys, Siva, Nantheni, Husna, Iffa, Iklima, Amir, Hakim, Fathiera, Fatin, Zaidi :)

okehlah, kalau nak cerita sampai sok lusa tulat pon tak habis lagi tau... by the way, 

Thanks a lot pada 
Datin Khairiyyah binti Abbas - Ketua Bahagian Perkastaman
Puan Posiah binti Abu - Ketua Cawangan Penggudangan
Tuan Abu bin Kassim - Ketua Cawangan Zon Perindustrian Bebas, Sg Way
Tuan Rasali bin Mamat - Ketua Cawangan Industri
Puan Asiah - Ketua Cawangan ICD, Seri Setia
Datin Seri Rohana - Ketua Cawangan Import/Eksport
dan
Semua Pegawai dan Penguasa Kastam yang banyak membantu sha dalam semua hal sepanjang sha buat praktikal kat sini...


Hari ini ade jual bunga :) Sha beli tok semua akak2 sha.. Even org kata mahal RM15 sekuntum tapi nak hargai seseorang tak pikir dah.. ^^


p/s: Pada yang exam tak lama lagi, good luck, pada yang praktikal, selamat berpraktikal, yang nak kawen tu, SELAMAT PENGANTIN BARU.* ekh tetibe :)

4 comments:

  1. saya nak mintak tolong macam mana awk apply praktikal di kastam ??? pentingg sangat2...

    ReplyDelete
  2. Nak tahu juga macam mana awak apply praktikal dekat sana..urgent..

    ReplyDelete
  3. Nak tahu juga macam mana awak apply praktikal dekat sana..urgent..

    ReplyDelete
  4. Nak tahu juga macam mana awak apply praktikal dekat sana..urgent..

    ReplyDelete