Assalamualaikum dan hai semuaaaa :)
Time menaip ni, sha baru bangun actually . Mimpi apatah nak sangat update pagi-pagi ini . Meh sha nak story sikit. Oh, semalam tepat pukul 5.26 petang, tamatlah latihan praktikal sha dekat Cawangan Zon Perindustrian Bebas, Sg. Way . Even just 3 weeks, tapi tersangatlah best . Banyak kenangan dengan pegawai-pegawai kat sana . Macam aktiviti pagi bila dah sampai office tu, cepat-cepat pergi punch card . Ya Allah, kalau ikut record, asyik lagi 4 or 5 minit pukul 8 . Sabar jelah . Tak jauh manalah dari kompleks tapi sangat mencabar tau . Di ZPB, sha diletakkan bawah bahagian Urusetia, Kak Jamilah. Apa yang dia suruh buat, sha kene tolonglah. Kerja sha more pada admin sebenarnya. Tak susah kan.
Apa yang bestnya, pagi-pagi tu, kitaorang breakfirst kat pantry. Ada bawak nasi lemak, kuih muih, roti canai and macam-macam. Saling bertukar makanan . Kat sana tak ade kantin or cafe. Semua beli diluar kawasan. Heheeeeee :) Tulah kekadang sha agak diet diwaktu tengah hari. Tapi berat maintain tak turun-turun. heheeee ^^
Tadi, sha sepanjang hari dok depan PC Kak Jamilah. Kebetulan dia ada hal kat kompleks. Hari terakhir tak adelah diberi kerja sangat. Selalu melepak sambil online FB takpon merajinkan diri dok mengupdate blog. Kak Jamilah tak kisah kalau nak pinjam.. Sangat sporting disitu. Lepas sembahyang Jumaat tadi tu, dia ade bagi gift.. Nak tahu ape.. ???
Taaaraaaaaa !! Shawls and Keychain dari Makkah tau. Bulan Februari hari tu, dia ade buat Umrah. So, sebelum ni, sha agak rajin pakai pashmina satin. Time sha pakai, dia rajin tanya, macam mana sha pakai.. Tak panas ke pakai belit-belit ni. Hehehe. tipsnye senang sahaja, pilih kain lembut dan tak jarang tau. Kalau jarang pakai inner neck.. pastu sebelum grab tu, try kat muka and check kelabuhannya. Actually, tak panas pon.. Seriusly ! Tak tipu . InsyaaAllah, sha pakai pemberian orang an. Kenalah hargai.
Before sha balik tu, sha terpikir nak dibalas apa ya . Sekurangnya Kak Jamilah pon ada kenangan dari sha an. Sha pon geledah beg kuning sha tu, then ahhaaaaaaa !! At last jumpa... (senyum sengsorang)
Pen ais krim yang sha beli kat Kaison, Paradigm Mall hari tu.. Sha beli pen ni banyak sebab kiut-miut ye kengkawan. Rasa nak borong semua tau... Then, sha capai kertas note atas meja, marker merah, liquid paper, gunting dan membuat kelas seni. Ahaaaaaksssss !
##Teringat zaman dok asrama, nak keluar bandar just kene weekend jer.. So, kreatifkan diri buat kad birthday tok kengkawan sendiri...
Heheeee ! at last, sha mampu buat ni jer. Hehe. Amik soletep tampal kat monitor PC ni. Bagi die nampak sikit minggu depan masuk office :) Hope Kak Jamilah tak lupa sha. Bak kata dia, BFF (Bestfriend Forever) Heheeeeeee :)
Thanks alot pada semua pegawai-pegawai ZPB, Sg Way especially
Tuan Abu Kassim, Tuan Md Nor, Tuan Ghani, Cif Norida, Cif Md Zin, Cif Rosdah, Cif Malar, Cik Risfah, Kak Jamilah, Cif Razak, Cif Ali, Tuan Sufian and semuaaaaaaaaaaaaaa :) InsyaaAllah ada umur panjang, kita akan jumpa lagi ^^
p/s : Hari semalam (5/4/2013) birthday dia. Hehe. Happy birthday sahabat. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. InsyaaAllah :)
wahhh akhirnyee hbes gk prktikal. hee thniah sha :)
ReplyDeletecikzek.. sha tak habis lagi.. lagi 2 bulan. ini kira last tok cawangan ZPB. Sha ade lagi 3 cawangan kene terokai.. hehehe :)
Delete