Daisypath Friendship tickers

Followers

Monday, August 1, 2011

Alhamdulillah Dapat Laksanakan Malam Pertama Dengan Lancar

Assalamulaikum :)

Hye koranggg !! How puasa hari ini ?? Mesti banyak dugaankan . Sabar tau . Biasalah kan definisi puasa secara mutlak or secara am iaitu menahan diri daripada lapar dan perkara-perkara yang membatalkan puasa . Macam gempak sangat tajuk entry kan ?? hehehe . Alhamdulillah , tadi sempat sha meluangkan masa untuk menunaikan solat sunat tarawikh di masjid . Agak terkilan sebab semalam ta join . InsyaAllah sha cube untuk pergi sepanjang ramadhan ni . Besar nikmatnya . Tadi jugak sha cam sedih sangat sebab ada tu datang dengan mak diorang . Tahan aja kesedihan itu . Sebab sha tahu arwah mak ada di sisi sha sampai bebila .

By the way , tazkirah disampaikan oleh Ustaz Naser . Tentang ilmu dan kelebihan menunaikan solat sunat tarawikh . Diriwayatkan oleh Saidina Ali ( r.a ) daripada Rasulullah S.A.W , sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W tentang fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan : ( Sha bagi 10 malam pertama dulu ye . InsyaAllah ada rezeki sha update lagi . Kalau nak tahu DI SINI )

Malam 1 - Keluar dosa-dosa prang mukmin pada malam pertama sepeerti mana ia baru dilahirkan , mendapat keampunan dari Allah S.W.T.
Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibu bapanya ( sekiranya mereka orang beriman . )
Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah 'Arash supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus menerus semoga Allah S.W.T mengampunkan dosa engkau .
Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang membaca kitab-kitab Taurat , Zabur , Injil dan Al-Quran .
Malam 5 - Allah S.W.T kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam , Masjid Madinan dan Masjjidil Aqsa .
Malam 6 - Allah S.W.T kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur ( 70 ribu Malaikat sekali tawaf ) , serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah S.W.T mengampunkan menentang dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini .
Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman .
Malam 8 - Allah S.W.T mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih seperti mana yang telah kurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim Alaihisslam .
Malam 9 - Allah S.W.T kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 - Allah S.W.T mengurniakan kepadanya kenaikan di dunia dan di akhirat .

Alhamdulillah , sejuk sha baca kelebihan solat sunat tarawih ni . Janji setiap perlakuan yang kita lakukan mestilah dengan ikhlas supaya Allah S.W.T beri keberkatan kepada kita .


Sekadar hiasan . Masa darjah 6 mungkin ^^

Thanks singgah ye :))

0 comments:

Post a Comment