Daisypath Friendship tickers

Followers

Wednesday, August 3, 2011

3 Ramadhan yang membawa seribu kenangan


Assalamualaikum :)

Hye semua !!! . Alhamdulillah sha still diberi peluang untuk meng'update' entry hari ini . Macam mana puasa korang ?? Guy ?? Girl ?? Eheeemmm !!! ada yang dah raya ke ?? Ta baik tau . Kalau boleh puasa , puasa tau . InsyaAllah ada kelebihan yang Allah S.W.T berikan . Wallahualam .


Yeaaaah by the way , sha tidur pon lepas subuh , sangat ta senonoh kan . Tapi sebab sha memang ta tidur takut terlajak subuh then sha online sampai ke pagi . Tak pon main game . Itu yang mata dah macam panda China daaaaah . So far cute ape panda kan ?? . Tapi hari ni terpaksa korbankan masa tidur sementara kerana sha dapat berita yang atuk sedara sha meninggal pagi tadi . Nenek cakap atok ta ada sakit apa . Pagi tadi keluar jumpa kawan then nenek dapat call dia rebah tiba-tiba . Itulah kuasa Allah S.W.T . Ta kira masa dan tempat kalau itu sudah tertulis terjadilah juga . Alhamdulillah , even sha ta rapat dengan arwah atuk but sha dapat juga tengok dia . Iringi sampai ke kubur . Yelah kan , one day kita semua ke sana jua . But masa , bile , macam mana semua itu kerja Allah S.W.T . Kita kat dunia ni harus berdoa supaya dipanjangkan usia dan dapat beramal dengan baik .


Masa sha tengok jenazah arwah dikebumikan , sha teringat kat arwah mak . Seperti arwah atuk ni jugak . Ramadhan yang ke-3 juga arwah mak pergi . Arwah mak pergi masa sha umur 19 tahun iaitu pada 15 September 2007 bersamaan 3 Ramadhan time tu . Means dah 4 tahun sha beraya tanpa seorang ibu . Tapi sha still anggap arwah tetap meraikan bersama-sama kitaorang . Sha ingat lagi , time arwah mak tanya , ' Kita dah nak puasa dah ye ??? ' ' Aaaah mak . esok puasa laaah ' . Berjurai air mata arwah mak . Apa yang terbuku dihati mak ketika itu pon sha ta pasti . Sha teringat juga arwah mak sentiasa ingat Allah . Even sakit still boleh baca yassin . Ta pedulikan apa orang nak kata . Alhamdullillah .Arwah mak pon pergi dalam keadaan yang baik dan tenang depan sha . Sha terkedu dan blur kejap sebab sha selalu jugak teman abah tengok orang meninggal but kali ni terjadi dengan sha sendiri .


Sha doakan arwah mak , arwah atok dan nenek ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal solleh . Sha sayang sangat pada ARWAH MAK .


Allahyarhamah Hjh Sallehah bt Mohamed Suren
15 September 2007
3 Ramadhan 1428H

Al-Fatihah

2 comments: