Followers

Thursday, June 16, 2011

Melawat Orang Sakit, tetiba teringat something .. APAKAH ??

Assalamulaikum :)

Hari ini macam biasa, sha pergi ke kelas belajar kereta. Keseorangan sebab Farah kerja shift petang. So, sha belajar sorang. Alhamdulillah, tentang bukit hari ni, sha rasa dah improve sikit lagipon petang tadi ta ramai orang yang belajar.So, cam talah kelam kabut sangat.Tentang parking, ta ade masalah tapi tetibe hari ni confuse, kanan and kiri pon dah lupa.Kah3.Kompem abah tengok gelak2kan sha.What ever ! Janji sha dah rasa buat yang terbaik..

Then, lepas abah ajak minum petang, kedai mamak pekena roti kosong + air nescafe ais, abah ajak melawat mak sedara sha means adik ipar abah. Sha ta pasti sakit apa. But tengok keadaan dia tadi sangat lemah. Makan bubur pon dua tiga suap saja.Before this, akak Noni ( cousin ) said, semalam mak cik langsung ta boleh nak bukak mata then bercakap langsung. Maybe she really tired effect dari operation last week. I think so. Just teringat arwah mak.. terbaring dan menahan kesakitan. Ya Allah, td berlinang air mata sha. Tapi sha tahankan aja. Yelah, sha kena kuat. Ingat pesan angah, if kita nangis depan orang sakit, dia lagi sedih. Then time nak balik tu, sha salam makcik sha. Tetibe dia ta lepaskan, genggam dengan kuat.Semua pandang..Ta lama tu, dia lepaskan..Pastu sha bisik kat abah, 'abah sha teringatkan mak'. Abah senyum aja.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Engkau kuatkanlah semangat makcikku untuk menempuhi dugaan yang telah engkau berikan.Engkau lindungilah beliau semoga beliau cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa..
Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih dan Penyayang.
Amin Yarabbal alamin


p/s : Setiap yang terjadi ade hikmahnya.Kene bersyukur dan sentiasa berdoa semoga kita mendapat kesejahteraan :)


0 comments:

Post a Comment