Daisypath Friendship tickers

Followers

Friday, May 6, 2011

Selamat hari Ibu :)

Assalamulaikum :)

Hari ni, tengah lepak2 atas katil, tiba2 teringat dengan arwah mak.Ta tahu kenapa.Alhamdulillah nasib baik ada gambar yang sha simpan dalam laptop ni.Teringat dikala arwah mak ada bersama.Gelak tawa,senyuman,nasihat dan kemarahan still terbayang2 dalam kotak fikiran.Seolah2 memori lama berputar kembali.Subhanallah ! Bila 1 berita yang membuatkan 1 keluarga sangat sedih.Tapi sha tahu, Allah Maha Kuasa untuk memberikan umat2 beliau 1 dugaan yang kena tempuh dengan sabar dan terima dengan hati terbuka

Masa tu sha still form 3
Kepayahan seorang ibu yang bekerja then kena spent time masa untuk sha sebab sha ni jenis rimas duduk kat office mak.Padahal boleh je, jalan kaki ke office then lepak dalam surau.Also sha boleh mandi kat situ.Pukul 5 baliklah dengan mak and abah.Abah sampai sekarang suruh ingat pengorbanan arwah mak pada sha.Yelah, mak selalu time lunch tu stil teruskan kerja masukan data2 dalam PC.Then, dalam pukul 2 macam tu, jemput sha terus hantar balik.Masa rehat untuk mak ta menentu.Kenapa sha ta terpikir masa tu.Hanya mementingkan diri sendiri..Sampailah 1 hari, period mak lebih dari 14 hari.Hari ke 15, terus mak buat check up dengan doktor.Betapa cekal dan ta rasa malu untuk berjumpa dengan dokter tersebut sedangkan mak dah jumpa dengan 3 orang dokter puan LELAKI..Last dokter mention that, 'Puan, U have serviks cancer', sha tahu perasaan mak.Yelah, this cancer adalah yang ke 3 yang boleh bawa maut.So, mak buat operation buang cancer tersebut.Berjaya !!

Selalu, kalau kat kolej tengah lepak study kat meja, sha mesti pandang board dulu sebab sha ade lekatkan gambar sha pergi Langkawi dengan arwah mak.The last vacation sha dengan arwah.Yeahh ! waktu tu sha still form 5 nak dekat SPM jugak lah sha rasa.Ingat lagi, sha yang memang nak ikut pergi Langkawi sebab sha pikir bila lagi nak lepak sana.Inilah peluangnya.kan2??Sha pergi 3 hari.Jumaat malam pergi balik hari Isnin.Entah macam mana, sampai pagi Sabtu, perasan pulak cikgu2 teknik sha.Especially, cikgu math sha.Ya Allah, dah lah hari Isnin sha nak ponteng kelas dia.teeetttt ! KANTOI di situ.Borak2 jap then rupanya diorang semua ada lawan bola.Tergelak mak sebab kantoi macam tu aja.Tapi ta kisahlah sebab at least, ta payah nak buat alasan lagi.

Dalam kitaorang bersuka ria tue, sha tahu mak sedang menahan penderitaan yang amat sangat.Tapi jenis mak ta tunjuk semua tue.Sampaikan abah ada tanya mak,
'U sakit ke?I nak bawak U ke hospital'
'Ta lah.I ok.perut masuk angin je'

Dalam diam2, rupanya cancer mak tu ada lagi.Sha dapat tahu pon setelah sha dah balik dari Langkawi, kebetulan sha ada test hari Selasa hingga Khamis then hari Jumaat sha call mak sebab minggu ni nak balik KL.Tapi sha pelik kenapa akak sha yang duduk Kelana Jaya boleh angkat phone.Dalam hati, 'Kak angah ada kat rumah ke??Ala, ta dapat nak pergi KL'.Lepas tu, akak cakap mak kat ICU, Hospital Gleneagles. Terus sha marah2 akak sebab kenapa langsung ta datang sekolah.lagipon boleh minta excuse kat warden.Tapi abah yang suruh sebab sha ada test minggu tu..Kebetulan minggu tu, minggu student balik.So, ta ada masalah sangat.Then sha tunggu bus Central Pahang nak ke KL.Alhamdulillah, sha tahu sikit sebab dulu Arif ada aja sha naik bus ke sana.Naik tren.Terima kasih awak :)

Sampai kat hospital, sha call angah then angah pesan. 'Jangan sesekali nangis depan mak tau.Nanti mak lagi sedih'. Ye! sha jangkakan sha memang kuat untuk bertahan dari air mata ni keluar.Tapi sha gagal.Angah selak jer langsir ruang bilik mak hanya yang mampu sha cakap, MashaAllah..hanya Tuhan saja yang tahu,betapa luluhnya hati ini bila tengok insan yang sha sayang, terbaring dengan wayar berlambakMak hanya tersenyum seolah2 mak ta ada rasa sakit pon.Mak akak still terbayang senyuman tu mak.Mak suruh sha datang dekat.Sha turuti saja.Tapi sha terus ta nak pandang muka mak.Sha terus pandang belakang sebab ta tahan dengan keperitan yang mak tanggung selama ni.Sha terus keluar tinggalkan mak, angah and abah je.Sha ta sanggup.Bila mak dah buat operation buang cancer tu, Alhamdulillah.Dokter cakap cancer tu dah ta ada.Dalam beberapa bulan tu, mak boleh buat kerja.Tapi agak lambat pergerakan mak.Mak buang air besar dan air kecil dah ta normal.Dokter terpaksa tebuk di perut dan mak kena pakai beg khas.Tapi mak still boleh melepaskan senyuman.

Lepas SPM, maybe bukan rezeki sha untuk dapat mana2 IPTA, sha masuk Form 6, aliran Sains.Bukan sha ta minat tapi dah ketinggalan banyak sangat.2 bulan 10 hari sebab sha ada pergi ke PLKN.Dari situ, arwah mak bagi nasihat teruskan Form 6.Mana tahu dapat keputusan lebih baik.Tapi hati ni tetap nak keluar dari sekolah tu.Sha senyap2 apply Kolej Komuniti.Alhamdulillah, sha dapat kat Jempol,Negeri Sembilan dalam jurusan Lukisan Pelan dan Senibina.Sampai sekarang, sha agak menyesal pergi Kolej Komuniti, bukan sebab ta best belajar sana.Tapi abah selalu ingatkan sha yang sebenarnya mak suruh sha stay kat Form 6 sebab arwah mak nak dengan sha selalu.Ada teman nak berborak.Ya Allah, sha ta tahu dan ta terpikir pon masa tue.Sha kat sana selalu telefon abah dan selalu cakap dengan mak.Gelak tawa gurau senda.

Sampailah sha dapat tahu, mak dikejarkan ke hospital balik sebab mak pendarahan yang agak banyak.Sentiasa ada keluar darah.Sha kena every week ulang alik dari kolej sha ke KL.Weekend sha kena jaga mak.Mandikan mak.cuci darah mak.Kalau mak nak air, sha kena bagi.Apa yang sha ta boleh lupa, sha sikatkan rambut mak kemas2 dan masukkan ke dalam anak tudung mak.Sha selalu pastikan mak terurus.Yelah, sha ta nak nanti kalau kawan mak datang, mak ta nampak cantik macam diorang.Mak terlalu cantik buat sha.Kadang2 sha menangis sendirian tengok kesungguhan mak menahan kesakitan yang dia alami.Tapi mak ta pernah nak mengadu yang dia sakit.If mak sakit, mulut mak ta pernah lekang menyebut 'Allahuakbar ! Allahuakbar !'.Kagum sha dengan ketaatan mak pada yang Maha Esa.

Apa yang sha ta boleh lupa, masa sha datang hospital dengan kawan sha, tetiba mak cakap kat sha
'Sha, mak dah nak pergi dah.Tolong mengucap kat tepi telinga mak'
Masa tu, sha dah jadi kelam kabut.Sha panggil abah.Abah suruh call Alang suruh dia datang sebab lat situ dia sorang aja yang ta da.Call banyak kali, tapi ta angkat.Rupanya, Alang tengah exam.Alhamdulillah ! dia sempat datang. Mak kebetulan tengah rehat.Ta ada ape2 yang berlaku.Masa tue sha berdoa banyak2 sebab sha rasa ta puas lagi hidup dengan mak.

Sampailah waktu pembedahan.Dokter cakap if buat juga, chance mak nak hidup 50-50.Abah dalam dilema.Tapi mak pesan if dah 50-50 mak sanggup tahan sakit.Sebab mak ta nak meninggal dekat hospital.Tapi sha tahu, abah seorang suami yang kuat.Abah ta akan nak tengok orang yang dia sayang menanggung penderitaan yang sangat perit ni.Abah ambil keputusan buat operation.Selang beberapa hari, pembedahan berjaya.Tapi mak semakin lemah.Mak ta boleh makan makanan biasa.Apa yang sha tahu, dokter bagi mak minum soya campur sikit ubat yang disalurkan terus ke dalam darah.Kadang2, time sha makan buah ke ape, sha bagi rasa sikit.itupon mak cakap 'Sha, mak nak rasa sikit buah tu'.Sedih sha..

Dah lama tu, abah fikir mak dah ok sikit so, better tranfer mak ke HKL sebab bil kat hospital semakin hari semakin tinggi even half bill office mak yang bayar, so tranfer mak ke HKL.Perubahan mak semakin berubah.Ta salah sha, before tranfer ke HKL, sha baru suap mak makan bubur.Mak makan aja.Balik dari kolej, sha terus cakap kat abah nak balik sebab penat kebetulan bulan puasa then HKL benarkan sorang aja yang tunggu.So, angah nak stay.Esoknya, angah call, nafas mak tetiba berhenti.Sha dan abah bergegas ke HKL.Sepanjang perjalanan, abah sempat bercerita, kalau mak sihat nanti abah nak bawak mak naik tren ni.Jalan2 KL.Sampai sha kat mak angah terus suruh sha ambil wuduk baca yassin untuk mak.Ye, sha dah nampak perubahan arwah mak.Masa sha baca yassin, angah suapkan air kat mulut mak tapi seolah2 mak dah ta boleh nak terima,telinga mak dah kendur, kaki, mata dan nafas mak.Ye ! sha dah tahu, mak hanya tunggu roh nya ditarik je.Menangis sha.berdoa banyak2.Abah decide nak bawa balik ke rumah atuk kat Bentong.Before balik, angah sempat belajar macam mana nak cuci kesan luka operation.Time tu sha nak sangat tengok luka mak.Angah cakap, nanti jangan jerit atau menangis tengok.Dengan slumber sha cakap sha kan kuat.Bila angah buka, Ya Allah besar, nampak isi2 luka tu.terus sha peluk angah.

Sampai ke rumah atuk, mak ditempatkan di katil arwah atuk.Kat situ jugaklah atuk menghembuskan nafas terakhir.Alhamdulillah, sepanjang mak sakit, mak sempat jaga arwah nenek dan atuk.Kebetulan mak ambil cuti bekerja.Dalam pukul 1 macam tu, sha duduk sebelah mak sambil baca yassin.Sha tengok maybe abah penat sangat, abah tidur bawah then tangan abah ta lepas dari pegang tangan mak.Sudah sha bace, sha pergi bersahur dengan Alang dan Mok de kat dapur.Suara Pak Teh still kedengaran membacakab Sural Al-Mulk.Pak Teh habis baca je surah tu, tibe2, Pak Teh panggil kitaorang suruh tengok mak.Abah terjaga.Mok De ajar mak mengucap.Sha masih terpinga2 sebab macam ta ade yang berlaku.Akhirnya, mak pergi meniggalkan Sha dan keluarga.Sedih.Selalu sha ikut abah pergi menziarahi orang meninggal ta berapa rasa kesedihan tu.Bila kena pada diri sendiri, barulah terasa kehilangan.

Tapi sha redha dengan pemergian dia di saat sha masih memerlukan kasih sayang dan nasihat dari dia.Yelah kan, anak perempuan mestilah rapat dengan mak dia.Senang nak kongsi masalah.That means, bukan dengan abah ta rapat tapi susah sikit kalau nak cerita bab2 privacy ni.Alhamdulillah, even sha rindu sekalipon pada arwah mak lebih2 lagi 3 Mei 2011 hari jadi mak, sha sentiasa sedekahkan Al-Fatihah..dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mak di sana.amiiiinnnnnnnnnnn !!

AL-FATIHAH BUAT IBUKU
ALYARHAMAH HJH SALLEHAH BINTI HJ MOHD SUREN
15 SEPTEMBER 2007
bersamaan
3 RAMADHAN 1428H


SELAMAT HARI IBU UNTUK IBU SELRUH DUNIA :)

12 comments:

  1. :( mengalir air mate kte bace ;)
    al-fatihah.

    ReplyDelete
  2. SEDIH...sampai mengalir air mata...kte senasib sya...cume len la cket...pape pon smoge rohnyer dicucuri rahmat....al-fatihah...

    ReplyDelete
  3. be strong k? Tuhan lebih sygkan die..Al-fatihah

    ReplyDelete
  4. syahdu bace entry kali nie..=(( sabar ye..al-fatihah......

    ReplyDelete
  5. @NurFarhanaHarun

    ekh, farah, sha terniat nak mengalirkan air mata farah..sorry..sha pon time taip ni meleleh..ta tahu.terlalu rindukan dia agaknya

    ReplyDelete
  6. @♥ NOOR AZURA AMAN ♥

    ye sayang.kite senasib.Al-fatihah juga buat arwah ur dad ye :(

    ReplyDelete
  7. @Ashraf

    ye selama 4 tahun sha cube kuatkan semangat.btw, thanks ye :)

    ReplyDelete
  8. @MiSs A.Y.U

    ayu, aku sedih.ko jelah tpt aku mengadu :(

    ReplyDelete