Daisypath Friendship tickers

Followers

Thursday, April 29, 2010

AL_FATIHAH

Siapa dia adik Aminulrasyid :
- berumur 15 tahun
- bersekolah di salah sebuah sekolah menengah di Shah Alam
- menurut guru2 dan rakan2 beliau yang ada di dalam group ini, arwah tiada langsung masalah disiplin di sekolah dan aktif dalam bidang sukan hingga menjadi wakil daerah

Apa yang berlaku kepada arwah Adik Aminulrasyid :
-Rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kes kematian Allahyarham adik Aminulrasyid Amzah, 15 tahun, pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Seksyen 9, Shah Alam yang telah ditembak di kepala oleh pihak polis. Beberapa media telah melaporkan bahawa remaja terbabit sebagai suspek ahli kumpulan samun, namun perkara ini dinafikan oleh keluarga Allahyarham. Polis mendakwa kereta yang dipandu oleh Allahyarham cuba merempuh anggota polis peronda untuk melarikan diri dan polis bertindak melepaskan beberapa das tembakan yang seterusnya membunuh Aminulrashid.
-Namun lain pula gambaran yang diberikan oleh rakan Aminulrashid yang ada bersama Allahyarham dalam kereta ketika kejadian. Dalam laporan polis yang telah dibuat, rakan yang sebaya dengan Allahyarham menegaskan Aminulrashid dalam ketakutan apabila terlanggar sebuah kenderaan lain dan terus memintas kereta peronda berkenaan. Setelah dipintas, anggota peronda terus mengejar dan melepas tembakan yang mengena sasaran. Aminulrashid rebah dalam kereta dengan luka tembakan di belakang kepalanya. Saksi utama ini juga melaporkan beliau kemudian di pukul oleh anggota polis sebelum sempat melepaskan diri. Beliau kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Shah Alam.
-Menurut Monaliza Mokhtar, Biro Hal Ehwal Murid PIBG Sekolah Menengah Seksyen 9, beberapa media yang menganggap juvana terbabit sebagai suspek kumpulan samun sebagai satu fitnah. Pelbagai persoalan timbul di kalangan masyarakat berkaitan kes ini. Kes ini dilihat boleh mencalarkan imej Polis Di Raja Malaysia (PDRM) sebagai badan yang bertanggungjawab menjaga keselamatan awam.

Bagaimana laporan media pengampu :
- tunjukkan seolah2 arwah jahat dan penyamun
- laporan bercanggah satu sama lain
- laporan yang menyinggung hati keluarga arwah

Apa tindakan kita melalui group ini :
- Benci dengan kekejaman pihak polis dalam kes ini
- Membuka mata rakyat agar sentiasa alert dengan isu rakyat dan bekerjasama menentang kezaliman
- Menunjukkan soladiriti kita bersatu dlm menegakkan keadilan baik yang mati melayu, cina atau india
- Ingin menunjukkan betapa nazaknya institusi kepolisian itu sendiri (ini bukan kes yang pertama), ketua polis negara juga terlibat dgn pelbagai skandal, masih ingat lagi kes anwar bagaimana beliau menjadi saksi palsu, maka tak pelik polis di bawahnya sedemikian
- bagi menyedarkan pihak polis jangan salah guna kuasa
- bagi menyedarkan pihak polis jgn beretorik dgn moto shj - mesra , cekap, amanah, walhal habuk pun takdek
- supaya keadilan dapat di tegakkan dlm kes ini

Dalam undang-undang Islam (QISAS), nyawa akan dibalas dengan nyawa. Dan jika polis ini bersalah, hukuman ditembak di kepala juga wajib dilaksanakan. ALLAHUAKHBAR!!

- creator : ANAK PAHANG BENCI RASUAH & KEZALIMAN!!

0 comments:

Post a Comment